Saturday, September 1, 2012

MUMMY.

Dear Diary,
           Sudah dah nak masuk 2 minggu Mummy pergi. Mummy pergi pada 20 August 2012 bersamaan dengan 2 Syawal. Mummy had been representing many roles in all the people that she knew and met. A mother, a wife, a true friend, a businesswomen, a teacher, a student, a daughter, a sister, a grandmother, an aunt and a soul mate. Mummy has touches so many lives with her wisdom, dedications, strengths and her love. And her advises, for those who know her, mesti ada nasihat yang Mummy pernah berikan kepada semua. Nasihat kepada anak- anaknya, especially aQ sendiri terlalu tinggi nilainya. Even though sebelum nih aQ tak pernah nak ambil serious semua ajaran, teguran dan nasihat Mummy, tapi sekarang nih kalau dikenangkan balik baru aQ sedar yang apa Mummy cakap ada practical nye. All the things she told me, she had been through before, the challenges and how did she manage to overcome all the challenges it's all priceless. Cerita cerita dia time dia muda muda dulu, semuanya terngiang di telinga aQ. Tapi kan yg peliknya, semua cerita cerita yang dia ceritakan masa zaman Mummy muda muda dulu semuanya yang indah indah dan baik baik. Bila dia cerita pasal orang, kawan kawan, dan sedara mara, semuanya yang baik baik belaka. Pesan Mummy bile berkawan "Berkawan nih, kena jaga hati kawan. Kita kena baik, tak boleh buat jahat. Kalau ada pon orang buat jahat pada kita, kita kena maafkan dan jangan sesekali nak berbalas atau berdendam, kita kena sentiasa berbuat baik." Agaknya memang ini policy yang Mummy pakai selama nih. Just look at her friends yang Mummy ada. Hampir semua yang kenal Mummy sedih dengan pemergiaan Mummy, almost all her friends yang ada tak kira jauh mana derang tinggal dan duduk sanggup turun ke Sungkai untuk menziarah Mummy buat kali terakhir. Yang paling terharu, bila Ustaz yang mengajar keluarga kami selama nih, sanggup dtg ke Sungkai untuk ziarah kubur Mummy sebelum dia pulang ke Kelantan. Mummy always said that "Kebaikkan akan sentiasa dibalas dengan kebaikkan. Tapi dalam bentuk apa kebaikkan itu akan dibalas dan berapa lama untuk dibalas, itu semua atas kehendak Allah SWT. Jadi walau apa pon Allah SWT berikan kepada kita, kita kena redha."

          aQ rasa bertuah sebab dapat jadi anak Mummy, I won't trade her even with the Queen to take Mummy's palce to be my mother. Walaupon aQ laa rasenye anak yang paling teramat degil dan suke sangat melawan (tak percaya? sila rujuk kepada semualah! ;p ), tapi aQ bertuah sebab sampai ke nafas terakhir aQ lah yang dapat bersama Mummy. Cara Mummy tunjukkan kasih sayang dia pada aQ agak lain mungkin kalau dibandingkan dengan ibu ibu laen. Mungkin ibu ibu laen akan manjakan anak anak mereka dan hindar mereka dari membuat kesilapan. Tapi Mummy laen, Mummy akan biarkan aQ membuatkan kesilapan sendiri, mahupon kecik ataw besar dan bila aQ dah terjatuh baru Mummy akan tangkap aQ dari terus terjerumus dan ajar apa yang sepatutnya aQ buat. Memanglah pada mula nya aQ akan mengamuk tapi bila lepas mengamuk dan dengar balik apa yang Mummy cakap baru aQ paham. Malam sebelum Mummy jatuh dari katil, Mummy ada bagi duit raya untuk aQ. Duit tuh sebenarnya Mimi bagi kat Mummy, but Mummy suruh Daddy bagi duit tuh pada aQ. aQ dapat duit, sukelaa kan! Tapi ape yang aQ akan ingat sampai bile bile is the last look that she gave to me. Pandangan Mummy, mata Mummy and senyum sinis Mummy aQ dapat rasekan yg Mummy nak cakap "This is the last money that I can give you" tapi Mummy tak cakap ape ape sbb dia tahu, setiap kali Mummy cakap pasal mati aQ akan marah dan pada masa yang sama jugak aQ tak sanggup pandang mata Mummy lama lama sebab hati aQ sendiri naik sebak. Dan malam tuh jugak, sempat laa jugak 'gaduh' dengan Mummy, sebab masa aQ terjaga dari tidur aQ nampak Mummy duduk di tepi katil dia dan macam tgh push diri untuk bangun. Tapi Mummy kate tak ade ape ape bile ditanye nak buat ape, dan bila aQ tanya Mummy nak baring balik ke, Mummy tak nak kena tolong dan suruh aQ sambung tidur balik. Mummy biaselaa dia, dah rase larat siket, sume bende dia nak buat sendiri. Itu satunye satunye benda yang aQ dapat belajar dari Mummy, kuat semangat. Mummy pernah cakap "Kalau kita mampu buat sendiri, jangan mengharapkan orang lain. Kita buat sendiri, kita usaha sendiri, kita niat, kita nekad, itu yang kita nak buat kita pastikan itu yang kita akan buat. Focus! Jangan biarkan bende bende lain mengalihkan perhatian kita."

        Mummy memang suka sangat senyum. Bila dia marah pon dia senyum, menangis tuh jarang sekali nampak tapi walaupon dia tengah sedih dan sakit, dia tetap akan senyum. Senyuman Mummy it's her real beauty, dah laa gigi Mummy putih and naturally straight so it's somehow her smile is perfect :D . Sampai ke saat akhir, hingga ke liang lahad Mummy berikan senyumannya. Itu laa salah satu perkara yang tak dapat aQ lupakan. Walaupon aQ takde laa plak tangkap gambar kan time tuh (time tuh pon tk ingat yang phone aQ ada function camera agaknya) tapi wajah Mummy tersenyum bila saat aQ bukak kain yang menutup wajah Mummy kat dalam bilik mandian jenazah memang indah sgt sgt. Seolah olah senyuman itu, aQ lah orang pertama dan ditujukan kepada aQ. Mummy pernah cakap "Senyum tuh sedekah." Tapi pada saat itu aQ tahu yang Mummy berada di tempat yang lebih baik, di tempat yang Mummy memang idam idamkan selama ini. Insya Allah, mungkin satu hari nanti aQ akan dapat melihat kembali senyuman Mummy :)

     Mummy, Insya Allah Safa akan ingat pesanan, tunjuk ajar Mummy, nasihat dan ciri ciri pilihan lelaki Mummy (Big Mac!) ;p Walaupon Mummy dah tak ada but somehow or rather I just know you are here right beside me and sometimes I could feel as if I am holding your hand. Walaupon kita banyak bergaduh, tapi banyak jugak kata kata nasihat yang keluar dari mulut Mummy, kata kata yang kelakar pown ada :D Mummy selalu cakap "Burit ko nih!" dan  "Maafkanlah, orang yang pernah buat salah pada kita dan jangan berdendam. Nanti dendam tuh akan menyusahkan kita." "Kadang kadang orang tuh tak seda yang dia buat salah, maafkan je lah. Besar manafaatnye." "Jangan tinggalkan solat, mengaji, itu jhe panduan yang kita boleh pegang. Jangan buat dosa dosa besar, balasannye CASH!" "Tuh banyak buku buku agama yang aQ beli dan tinggalkan untuk semua anak anak aQ. Baca. Amalan amalan yang Mummy selalu amalkan, semuanya ada Mummy catit dan failkan, apa yang Ustaz Ismail bagi sumanye ada, itu jhe yang Mummy tinggalkan untuk kamu, anak anak aQ." "aQ sayangkan semua anak anak aQ, aQ sayangkan semua cucu cucu aQ dan aQ sayang semua kakak kakak dan abang aQ. Anak anak sedara, cucu cucu sedara, sepupu sepupu aQ sume aQ anggap macam anak anak, cucu cucu dan adik beradik aQ sendiri." "Bercakap tuh kena berfikir dulu. Jangan pakai melulu jhe. Kalau ikutkan tak suke ape orang lain cakap tuh, diamkan aje. Tak de kite kalah kalau kite mangalah." "Do what you want to do, no matter what other may think or talk about you. Whatever they say, if you think what your doing is right then go ahead. Tengok macam mana Mummy pertahankan kilang, mesin quilting tuh, ada orang tak suke, ada orang kata membazir, ada orang kutuk, tapi aQ tak pernah heran pown dengan kata kata itu semua, aQ buat ape aQ nak buat dan sekarang tengok, tak ade sape boleh kate ape ape lagi, semua nih aQ buat ikhlas aQ nak tolong keluarga aQ dan ikhlas kerana Allah SWT. Segala apa kita buat, kalau ikhlas kerana Allah SWT, Insya Allah bende tuh akan menjadi. Tapi jangan sesekali kamu buat dosa dosa besar!"

       

1 comment:

  1. Ingatlah segala pesanan Mummy .
    Syurga itu dibawah tapakkaki ibu.

    ReplyDelete