Tuesday, September 18, 2012

Sepi.

Dear diary,
         Bila aQ pandang ke arah kanan, aQ hanya mampu memberi salam. Bila aQ pandang ke kiri, aQ melakukan perkara yang sama. Dan akhirnya aQ menadah tangan dan membaca Al-Fatihah. Di tatkala itu hati aQ jadi sayu, sepi seperti tanpa penghuni. aQ rasa seperti mahu meronta, menjerit, melaung kuat kuat biar semua orang dengar, biar semua orang tahu. Tapi untuk apa? Untuk kepuasan? Untuk kebebasan? Atau untuk menenangkan hati?

         Bila aQ membaca ayat terakhir surah Al-Fatihah, aQ terdiam sambil menadah tangan. aQ ingin sangat bertanya "Kenapa aQ?! Kenapa sekarang?! Sekarang bukan masanya!?" Tapi siapa aQ untuk menyalah takdir? aQ ke yang Tuhan, atau Allah yang Tuhan yang Maha menentukan segala-galanya. aQ sedar siapa diriku dan aQ pasrah. Tiba-tiba ada suara seperti pernah aQ dengar "Pasrah untuk orang lemah. Salah kalau kita pasrah, kite kena redha, kita kena ikhlas. Redha denga pasrah lain maksudnya." Tapi kalau aQ terima tapi tak ikhlas macam mana? Tak ikhlas dengan kenyataan! Tak ikhlas dengan perkara yang terjadi! Tak ikhlas untuk melepaskannya pergi! aQ tak ikhlas!

         aQ masih menadah tangan tanpa berkata apa-apa, tapi hati aQ dah berkata seribu patah perkataan cuma pada satu bahasa atau dua, tapi tak tahu bahasa yang ketiga. aQ terpinga-pinga kerana tak tahu nak cakap apa, mintak apa, mohon apa dan mengadu apa. Yang aQ tahu, aQ cuma mohon untuk mengampunkan dosaku, Mummy, Daddy dll. Kemudian aQ terdiam sekali lagi, cube memilih kata kata dari hati aQ yang bertimbun dengan perkataan sampai tak tahu mana satu nak guna dan pilih. Lalu aQ pohon petunjuk dan hidayah-Nya kerana aQ sekarang berada dalam keadaan keliru, ketakutan dan kekosongan. aQ takot tanpa bimbingan, aQ akan memilih jalan yang salah yang sebelum ini pernah seketika aQ pilih dan bukan di situ aQ mahu kembali. aQ mahu menjadi anak yang soleh, anak yang segala perbuatan, pergerakkan dan ibadahnya diterima dan boleh disalurkan kepada Mummy. Sekurang-kurangnya walaupon aQ banyak menitiskan air mata Mummy dulu, aQ dapat membuat Mummy tersenyum disana.

        Ya Allah, sunyinya aQ tanpa Mummy. Kepada siapa aQ hendak bercerita, kepada siapa aQ nak bermanja dan kepada siapa aQ nak percaya? Kepercayaan aQ, bukan milik kebajikkan, tapi aQ akan pilih kepada siapa aQ akan berikan. Dan proses pemilihan tuh, aQ sendiri tak tahu apa ciri-ciri yang perlu ada untuk mendapatkan kepercayaanku, tapi yang pasti aQ akan pilih. Dalam keluarga, Mummy seorang yang paham dengan perangai aQ, bila aQ nak bermanja atau bermain, bila aQ bad mood dan sabar dengan kedegilan aQ yang amat sangat dan menangkis semua kemarahan aQ. Dia sorang saja yang dapat menilik bila waktu aQ perlukan sesuatu (McD!) ataw lengok aQ yang menunjukkan aQ nakkan sesuatu. Perlu dan nak adalah dua perkara yang cukup berbeza mengikut definisi aQ dan Mummy mengerti. Keperceyaan aQ pada orang luar, adalah seorang tapi seorang itu sudah dimiliki hatinya dan mana mungkin aQ akan mengadu dan bercerita kepada orang hati yang dimiliki walaupon aQ mengenalinya dia terlebih dahulu daripada orang yg telah mengambil hati dia.

        Jadi, macam aQ nak ikhlas? Macam mana aQ nak terima? Redha? Teruskan kehidupan? Kuatkan diri? Cakap itu mudah bagi orang yang tak pernah melaluinya. Tapi bagi yang pernah, kata-kata semangat tak akan mudah keluar dari mulut mereka kecuali mereka menemui masa yang sesuai untuk mengucapkannya.

        "Ya Allah, ampunkan aQ jika pemikiran aQ kilaf dan hati aQ tersasar menigkut nafsu. Tapi aQ adalah hamba-Mu yang cukup rapuh. Tanpa izin dari- Mu, tanpa panduan dari-Mu aQ seperti debu-debu kotor yang berterbangan. Jadi berikanlah aQ petunjuk Ya Allah, pandulah aQ Ya Allah......."

AMIN~





p/s: As a human. We should know when is the right time to say something or not to say something. Therefore, for this post I need you not to say anything.

No comments:

Post a Comment